Page 44 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 44
tingkap);
d. memastikan guru/individu yang mengurus
pesakit memakai pelitup separuh muka serta
digalakkan memakai sarung tangan dan apron
pakai buang, menjaga penjarakan fizikal
sekurang-kurangnya satu (1) meter daripada
pesakit dan kerap mencuci tangan dengan air
dan sabun atau menggunakan pensanitasi
tangan;
e. memantau dan mengawal pergerakan pesakit;
f. memberi kerjasama kepada PKD untuk
menjalankan siasatan dan mengenal pasti
kontak rapat kepada pesakit. Pesakit dan
kontak rapat akan diuruskan selanjutnya oleh
PKD mengikut SOP yang ditetapkan;
g. bagi murid/pelajar harian, sekiranya PKD tidak
tiba atau atas arahan PKD, ahli keluarga perlu
dimaklumkan untuk menjemput pesakit dari
sekolah dengan menggunakan kenderaan
sendiri. Hanya seorang sahaja dibenarkan
menjemput pesakit dan hendaklah terus
pulang ke rumah. Ahli keluarga hendaklah
mematuhi SOP (termasuk memakai pelitup
separuh muka dan membuka tingkap
kenderaan) sepanjang perjalanan pulang ke
rumah. Ahli keluarga hendaklah memaklumkan
kepada PKD yang berhampiran dengan segera
apabila tiba di rumah;
h. bagi murid/pelajar asrama, pesakit segera
38