Page 80 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 80
8. Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
8.1 Pendahuluan
8.1.1 Panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan
kokurikulum hendaklah dibaca bersama-sama
dengan Prosedur Operasi Standard (SOP)
Pembukaan Sektor Sukan dan Rekreasi yang
dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) dari semasa ke semasa.
8.1.2 Panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan
kokurikulum ini juga merangkumi aktiviti sukan bagi
tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
8.2 Pengurusan Umum
8.2.1 Aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka
termasuk amali di luar bilik darjah dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan adalah
dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan
fizikal, kebersihan dan keselamatan berdasarkan
arahan semasa oleh KPM.
8.2.2 Murid/pelajar yang bergejala tidak dibenarkan
menyertai aktiviti sukan dan kokurikulum.
8.2.3 Murid/pelajar mempunyai imuniti badan yang
rendah perlu mendapat kebenaran daripada ibu
bapa/penjaga sebelum menyertai aktiviti.
74