Page 81 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 81
8.2.4 Aktiviti anjuran sekolah hanya boleh dilaksanakan
di dalam kawasan sekolah dan melibatkan
murid/pelajar sekolah berkenaan sahaja dengan
mematuhi prosedur yang telah ditetapkan sehingga
pemakluman terkini oleh KPM.
8.2.5 Penganjuran aktiviti/pertandingan/kejohanan
hanya dilaksanakan di dalam kawasan sekolah
berdasarkan SOP yang sedang berkuat kuasa
dengan mengambil kira penjarakan fizikal,
kebersihan dan keselamatan sehingga
pemakluman terkini oleh KPM.
8.2.6 Aktiviti dirancang secara bersemuka atau secara
dalam talian mengikut kesesuaian tempat/ruang
dalam kawasan sekolah dan kemudahan peralatan
dengan mengambil kira penjarakan fizikal.
8.3 Sebelum Aktiviti
8.3.1 Kehadiran guru/jurulatih dan murid/pelajar
berdasarkan jadual dan penggiliran aktiviti sukan
dan kokurikulum.
8.3.2 Pelan susun atur disediakan dengan
mengoptimumkan penggunaan padang,
gelanggang dan ruang lain yang bersesuaian.
8.3.3 Peralatan berada dalam keadaan bersih dan
selamat untuk digunakan.
8.3.4 Murid/pelajar digalak menggunakan peralatan
sendiri seperti raket badminton, tali ikatan dan alat
muzik.
75