Page 13 - Buletin JNNSarawak Bil.1 2021
P. 13

AKTIVITI PENGURUSAN PROFESIONAL









                PERHIMPUNAN DWIBULANAN JNN SARAWAK

                Januari - Jun 2021


                Perhimpunan  Dwibulanan  telah  dilaksanakan  secara  dalam  talian

                sebanyak tiga kali bagi tempoh Januari hingga Jun 2021. Kalana bin

                Ali  Hassan,  Timbalan  Ketua  Nazir  Negeri  Sarawak  telah
                mempengerusikan              perhimpunan           ini.    Antara       perkara        yang

                dibincangkan    dalam  perhimpunan  tersebut  termasuklah  hal  ehwal

                pengurusan          pejabat,       perlindungan          keselamatan              pejabat,
                keselamatan dan kesihatan pekerja, kebajikan staf, perkongsian ilmu,

                Ekosistem  Kondusif  Sektor  Awam  (EKSA)  dan  sebagainya.

                Perhimpunan ini turut disertai oleh Jemaah Nazir Cawangan Sibu dan
                Jemaah Nazir Cawangan Miri.





                MESYUARAT PENGURUSAN PROFESIONAL JNN SARAWAK
                Jan - Jun 2021



                Mesyuarat  ini  dihadiri  oleh  semua  Nazir  Sekolah  JNN  Sarawak  dan
                telah  diadakan  sebanyak  tiga  kali  secara  dalam  talian  pada

                tarikh-tarikh berikut:

                       Mesyuarat Pengurusan Profesional Bil.1/2021 - 29 Januari 2021

                       Mesyuarat Pengurusan Profesional  Bil.2/2021 - 16 April 2021
                       Mesyuarat Pengurusan Profesional Bil.3/2021 - 28 Mei 2021


                Selain  perkongsian  ilmu  dan  maklumat,  mesyuarat  ini  turut

                membincangkan  hal-hal  profesionalisme  yang  berkaitan  penaziran,
                pengurusan      organisasi,  keselamatan  dan  kesihatan  pekerja  dan
                perlindungan  keselamatan  pejabat  serta  hal-hal  semasa  yang

                berkaitan organisasi.







                                                           13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18