Page 14 - Buletin JNNSarawak Bil.1 2021
P. 14
AKTIVITI PENGURUSAN PROFESIONAL
MESYUARAT JAWATANKUASA ANTIRASUAH BIL. 1/2021
19 Februari 2021
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kalana bin Ali Hassan, Timbalan
Ketua Nazir Negeri dihadiri oleh Ketua Nazir Cawangan Sibu dan
Ketua Nazir Cawangan Miri serta semua Ketua Unit di Jemaah Nazir
Negeri Sarawak membincangkan mengenai isu-isu integriti dan
penyelesaiannya dalam organisasi. Mesyuarat ini adalah sejajar
dengan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2018: Pemantapan
Governans, Integriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran
Kerajaan Malaysia: Mekanisme Pengurusan Governans, Integriti dan
Antirasuah Kebangsaan.
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH
KERAJAAN (JKPAK) JEMAAH NAZIR NEGERI SARAWAK
Jan - Jun 2021
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Nazir Negeri
dihadiri oleh Ketua Nazir Cawangan Sibu dan Ketua Nazir Cawangan
Miri serta semua ahli jawatan kuasa JKPAK membincangkan status
Laporan Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Stor. Sebanyak tiga kali
mesyuarat telah diadakan secara bersemuka dan Google Meet pada
tarikh-tarikh berikut :
Mesyuarat JKPAK Bil.1/2021 - 8 Januari 2021
Mesyuarat JKPAK Bil..2/2021 - 9 April 2021
Mesyuarat JKPAK Bil.3/2021 - 5 Mei 2021
14