Page 20 - Buletin JNNSarawak Bil.1 2021
P. 20

ANEKDOT & NOSTALGIA






              SAYA  bertugas  di  JNN  Sarawak  (JNJK  pada  waktu  itu)  bermula  tahun  2013
              hingga  2016.  Pada  tahun  2016  saya  berpindah  ke  Sektor  Pendidikan  Islam
              (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)  Sarawak.  Banyak  pengalaman manis

              dan  ilmu  yang  berguna  semasa  saya  peroleh  di  JNN  Sarawak.  Di  JPN,  saya
              diberi  tanggungjawab  untuk  melaksanakan    pemantauan  dan  bimbingan  ke
              atas sekolah di bawah pentadbiran dan pengurusan SPI. Sehubungan dengan

              itu,  saya   diamanahkan untuk menggalas tugas sebagai  pegawai  meja  yang
              mengelola dan mengurus perkara yang berkaitan mata pelajaran Bahasa Arab
              SMKA  dan  Kelas  Aliran  Agama,  serta  mengelola  dan  mengurus    Kurikulum

              Bersepadu Dini (KBD) di SABK Menengah.


                    Pengalaman dan kemahiran yang ditimba di JNN Sarawak amat banyak
              membantu saya dalam membimbing dan memantau sekolah. Di JNN Sarawak
              biasanya  melaksanakan  pemeriksaan  mengikut  tema  tertentu  dan  laporan

              dibentangkan  dalam  sesi  penutupan  pemeriksaan.  Di  JPN  Sarawak  menjadi
              kelaziman untuk mengadakan  dialog prestasi iaitu membincangkan keputusan
              peperiksaan dalaman dan  pentaksiran serta  memberi bimbingan intervensi.

              Pengalaman melaksanakan pencerapan ke atas PdP guru semasa berkhidmat
              di  JNN  Sarawak  juga  merupakan  pengalaman,  ilmu  dan    kemahiran  yang
              sangat  berguna  kepada  saya    dalam  melaksanakan  bimbingan  PdP  yang

              berkesan dalam kalangan guru.


                    Kini, saya bertugas di IPG Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) sebagai
              salah  seorang  tenaga  pengajar.  Berpandukan  buku  SKPMg2  yang  menjadi
              rujukan utama dalam penaziran, banyak elemen yang saya kongsikan dengan
              guru  pelatih  dalam  kelas  saya.    Ternyata,  menjadi  seorang  nazir  sekolah

              terlalu  banyak  membantu  saya  dalam  tugas  melatih  guru  pelatih  yang
              berkualiti.


                    Jujur saya akui, ilmu, pengalaman dan kemahiran profesional yang saya
              peroleh  melalui  rakan-rakan  nazir  sekolah  khususnya  nazir  mentor,  banyak

              membantu saya berperanan sebagai pegawai ikhtisas pendidikan. Permulaan
              kerjaya  saya  sebagai  nazir  sekolah  telah  menjadi  batu  loncatan  untuk  saya
              untuk menapak maju ke hadapan. Terima kasih, JNN Sarawak.


                    - USTAZ MOHD ROZINI BIN ABDUL MANAF  (MANTAN NAZIR SEKOLAH) -




                                                           20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25