Page 3 - Buletin JNNSarawak Bil.1 2021
P. 3

CETUSAN PEMIKIRAN





              DUA  dekad  yang  lalu,  para  pengkaji  peradaban  begitu  terkesima  dengan

              istilah ‘dunia tanpa sempadan’. Sempadan fizikal negara bukan lagi menjadi
              halangan untuk mengetahui, berkomunikasi atau mempengaruhi. Senario ini
              didorong  oleh  wujudnya  internet  sebagai  medium  yang  jangkauan  dan

              manfaat penggunaannya sangat memberi impak kepada kehidupan manusia.
              Namun,  pandemik  COVID-19  telah  menyebabkan  kamus  dan  makna

              ‘perubahan’  dalam  konteks  pemikiran  konvensional  menjadi  diskusi  yang
              lebih menarik.


                   Pandemik  COVID-19  telah  menyebabkan  individu,  organisasi,
              masyarakat  dan  negara  menyesuaikan  amalan  demi  kelangsungan  dan
              survival masing-masing. Sesuatu yang dahulu dianggap ‘dogmatik’ termasuk

              dalam  amalan  berurusan  seharian  sudah  mulai  diubah  kerana  suasana
              pandemik dan keperluan survival. Sebagai organisasi dan individu yang tidak
              terpisah    daripada  kosmos  perubahan  yang  berlaku,  kita  yang  menjadi

              warga  Jemaah  Nazir  sudah  pasti  tidak  terkecuali  mengalami  penyesuaian
              tersebut.  Penyesuaian  ini  menjadi  kejutan  kepada  semua  pihak.  Kejutan

              yang     mengubah cara berfikir, membuat keputusan, amalan, jangkaan dan
              sebagainya.

                   Dalam  mendepani  senario  ini,  kita  bersyukur  kerana  warga  JNN

              Sarawak telah mampu mengadaptasi diri dengan krisis, isu dan perubahan
              ekoran  pandemik  dalam  memastikan  organisasi  terus  berfungsi  dengan

              lancar.  Tugas  pentadbiran  dan  penaziran  disejajarkan  dengan  keperluan
              semasa  tanpa  mengetepikan  kualiti  penyampaian.  Rakan  nazir  juga  masih
              mampu  memainkan  peranan  profesional  secara  berkesan  khasnya  dalam

              pemeriksaan  dan  penilaian  walaupun  konteks  amalan  dan  operasi  yang
              berbeza.  Penggunaan  medium  secara  dalam  talian  dan  media  sosial
              walaupun  agak  janggal  pada  permulaannya  telah  dapat  disesuaikan  bagi

              mencapai  matlamat  organisasi.  Semoga  kita  terus  tabah  dan  mampu
              mendepani semua cabaran yang mendatang agar peranan kita terus relevan
              dalam peningkatan kualiti pendidikan negara.



                                        - KALANA BIN ALI HASSAN -

                                          Timbalan Ketua Nazir Negeri
                                         Jemaah Nazir Negeri Sarawak


                                                            3
   1   2   3   4   5   6   7   8