Page 4 - Buletin JNNSarawak Bil.1 2021
P. 4

AKTIVITI PENAZIRAN





           TINJAUAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN (THPP)

           Objektif  pemeriksaan  THPP  2021  adalah  untuk  mengenal  pasti  kesediaan
           sekolah  beroperasi  bagi  membina  kesejahteraan  murid  pada  hari  pertama
           persekolahan dalam aspek berikut :
                Pengurusan sumber manusia

                Pengoperasian sekolah
                Pengurusan kemudahan asas dan infrastruktur sekolah




            THPP FASA 1.0
            20 Januari 2021

            THPP  1.0  telah  dilaksanakan  ke
            atas  10  buah  Sekolah  Menengah

            (SM) yang ketika itu dibuka secara
            berperingkat  melibatkan  murid

            Tingkatan  5  dan  Tingkatan  6.
            Sebanyak  lapan  buah  sekolah

            telah diperiksa oleh Jemaah  Nazir
            Negeri  Sarawak  (JNNS)  dan  dua

            buah  sekolah  oleh  JN  Cawangan
            Miri  (JNC  Sibu  tidak  terlibat).

            Sebanyak  lima  PPD  terlibat    iaitu

            Simunjan,  Serian,  Lundu,
            Samarahan dan Miri.



            THPP FASA 2.0
            5 April 2021

             THPP  2.0  dilaksanakan  berikutan
             pembukaan  semula  sekolah

             melibatkan  semua  tingkatan.
             Nazir  Sekolah  Sarawak  telah
             dipertanggungjawabkan  untuk

             meninjau  empat  buah  sekolah
             menengah di PPD Subis, Kuching,

             Samarahan dan Meradong.






                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9