Page 83 - MINIT MESYUARAT AGUNG KOFKEL 23_flip book_Active
P. 83

PERANCANGAN  KOFKEL Berhad sesi Julai 2022/2023


                  Adalah  diharapkan  Anggota  Lembaga  KOFKEL  Berhad  yang  baru  dilantik  dapat
                  meneruskan rancangan pembangunan ekonomi dan kebajikan anggota pada sesi 2022/2023
                  dengan  terus  menumpukan  lebih  perhatian  kepada  perkara-perkara  penting  yang  telah
                  dicadangkan pada tahun-tahun sebelumnya:

                      ► Melaksanakan  pelan jangka  pendek  dan  pelan jangka  panjang  bagi  menghadapi
                         persaingan dipasaran dan merebut peluang-peluang perniagaan yang baru

                      ► Menstruktur semula aktiviti-aktiviti KOFKEL  Berhad supaya lebih berdaya saing
                         dan sedia menghadapi cabaran - cabaran yang lebih mencabar

                      ► Menerapkan nilai-nilai yang beretika dalam pengurusan KOFKEL Berhad


                      ► Memantapkan  lagi  hubungan  yang  sedia  ada  dengan  pihak  Pengurusan  FAMA
                         yang mana akan mendatangkan manafaat kepada kedua belah pihak


                      ► Meningkatkan  lagi  tahap  kemahiran  pengurusan  dari  semasa  ke  semasa  dengan
                         menghadiri atau menganjurkan kursus-kursus bersama SKM,         IKM         dan
                         ANGKASA

                      ► Menceburi  program  pemilikan  aset-aset  kekal  untk  memantapkan  kedudukan
                         KOFKEL Berhad seperti pembelian atau penyewaan lot kedai di RTC dan lain-lain

                      ► Membuat  pelaburan jangka masa panjang bagi  meningkatkan keuntungan seperti
                         simpanan tetap dengan Agrobank dan sebagainya
























                                                            72
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88