Page 87 - MINIT MESYUARAT AGUNG KOFKEL 23_flip book_Active
P. 87
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA KOPERASI
ANGGOTA (AHLI) KOPERASI mempunyai peranan yang penting dalam tadbir urus koperasi.
Koperasi dapat berdaya tahan dan berdaya maju apabila mendapat sokongan daripada anggota secara
berterusan. Anggota perlu memahami dan melaksanakan hak dan tanggungjawabnya berdasarkan
batasan-batasan sebagai anggota koperasi yang di tetapkan oleh Undang-Undang Koperasi (UUK).
Kejayaan atau kegagalan sesebuah koperasi bergantung kepada sokongan anggota kerana dasar atau
motif penubuhan koperasi ialah untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada anggota
anggotanya. Anggota koperasi haruslah menggunakan hak mereka untuk memilih Anggota Lembaga
yang berkaliber, berpengalaman dan berintigriti.
Peranan anggota didalam tadbir urus koperasi terbahagi kepada dua aspek seperti berikut:
A) HAKANGGOTA
i. Hak Peribadi
a. Menghadiri, mengambil bahagian serta mengemukakan usul dalam mesyuarat;
b. Hak mengundi ;
c. Meneal on dan di cal on untuk memegang jawatan dalam koperasi ;
d. Menggunakan kemudahan-kemudahan yang di sediakan oleh koperasi ;
e. Meminta agar perkara-perkara penting di masukkan ke dalam agenda melalui
usul-usul yang disampaikan dalam tempoh yang di tetapkan UUK ;
f. Mendapat pendidikan koperasi.
ii. Hak Kewangan
a. Menikrnati kemudahan dan perkhjdmatan ekonomi yang di sediakan koperasi ;
b. Menerima segala ganjaran ekonomi atau kebendaan yang di sediakan oleh
koperasi seperti rebet, dividen, syer bonus dan sebagainya;
c. Mendapatkan kembali sumbangan modal syer dan yuran serta lain-lain ganjaran
kewangan yang layak di terima apabila berhenti menjadi anggota.
B) TANGGUNGJAWAB
Seseorang anggota koperasi adalah bertanggungjawab seperti berikut :
i. Peribadi
a. Menyertai kegiatan-kegiatan yang di jalankan oleh koperasi demi memenuhi
keperluan dan mencapai kepentingan bersama selaras dengan prinsip membantu
diri sendiri dan berdikari.
b. Melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan dalam
Mesyuarat Agung Tahunan seperti belanjawan dan pelaburan koperasi.
c. Taat setia tidak berbelah bahagi dalam menentukan kejayaan aktiviti koperasi demi
kepentingan dan keperluan bersama.
d. Mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai koperasi
75