Page 2 - BUKU PROGRAM MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID 2023/2024 SK PEKAN DUA WP LABUAN
P. 2
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, salam sejahtera dan
Salam Malaysia Madani.
Saya rasa bertuah dan bersyukur
kerana pada pagi yang penuh
bermakna ini kita dapat berkumpul
bersama-sama bagi memberikan
pengiktirafan kepada para pelajar yang
telah memperoleh tahap pencapaian
yang cemerlang khusus dalam bidang
kurikulum sepanjang tahun 2023/2024.
Di samping itu juga, majlis pada pagi ini turut meraikan
pencapaian Galakan Akademik. Sesungguhnya majlis indah
yang telah disusun atur oleh pihak pengurusan sekolah ini
merupakan satu agenda pendidikan yang bertujuan untuk
menghargai kejayaan-kejayaan yang telah diperoleh para
pelajar kita. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa
Pengelola Majlis yang tentunya telah berusaha dengan gigih
supaya majlis ini akan berjalan dengan lancar dan teratur
seterusnya mencapai matlamatnya. Kita sedar bahawa majlis
seumpama ini amat perlu dilaksanakan untuk memberi makna
dan penghargaan kepada kehidupan anak-anak generasi
pewaris masa depan negara. Saya juga mengambil
kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran tuan puan. Saya
percaya kerjasama yang padu serta sokongan yang berterusan
daripada ibu bapa akan meningkatkan lagi semangat warga
sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan.