Page 5 - BUKU PROGRAM MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN MURID 2023/2024 SK PEKAN DUA WP LABUAN
P. 5

kita.  Ini  bukan  hanya  sebuah  majlis  penghargaan,  tetapi  satu
        momentum  untuk  menghargai  dedikasi,  kerja  keras,  dan
        keazaman  yang  telah  diperlihatkan    oleh  setiap  pelajar  dalam
        mengejar  kecemerlangan.  Sememangnya  sekolah  memainkan
        peranan yang penting dalam membentuk jasmani, emosi, rohani
        , intelek dan sahsiah murid selaras dengan Falsafah Pendidikan
        Kebangsaan. Institusi persekolahan pada hari ini jika kita imbau
        telah  melangkah  lebih  progresif  dalam  memenuhi  elemen-
        elemen  itu  tadi  melalui  pendidikan  abad  ke-21  yang  kian
        mampan dalam arus pendidikan Malaysia.
                  Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi
        mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah kerana
        berjaya  menganjurkan  Majlis  Anugerah  Kecemerlangan  pada
        tahun ini.

                              Jika kita seia sekata
                             Tiada timbul sengketa
                             Jika seiring kita berusaha
                            Pasti semua akan berjaya



        Tuan Haji Sawal Bin Haji Salleh
        Timbalan Pengarah Pendidikan
        Sektor Pengurusan Sekolah
        Jabatan Pendidikan, Wilayah Persekutuan Labuan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10