Page 26 - SISTEM PNEUMATIK
P. 26
Gambarajah 2.11 : Loji Pemampat Udara
2.4.2 Turas Sedutan dan Penyenyap
Setiap sistem pemampat memerlukan turas sedutan untuk mengeluarkan zarah-zarah kotoran
sebelum udara memasuki liang masuk. Turas ini biasanya jenis kubang minyak atau elemen
kertas yang memerlukan senggaraan atau gantian dari masa ke semasa.
Satu penyenyap adakalanya diperlukan bagi melenyapkan kebisingan udara yang memasuki
pemampat. Ia boleh dipasang sebelum atau selepas turas bergantung kepada kesan penyenyap
yang diperlukan.
2.4.2.1 Tabung Udara
Pemampat sama ada yang besar atau kecil selalunya dilengkapkan dengan satu
penerima udara. Penerima hanyalah sebuah takungan atau tangki yang dapat diisikan
dengan udara termampat.
Fungsi Tabung Udara adalah seperti berikut :-
Menapis udara yang masuk ke dalam sistem utama (Penapis Masukan)
Menyimpan udara termampat bagi mengelakkan pemampat beroperasi secara
berterusan.
Meredan denyutan tekanan yang datang daripada pemampat atau sistem
pneumatik.
Memindah haba bagi menyejukkan udara termampat bagi menggalakkan peluwap
menitis ke bawah takungan sebelum udara disalurkan ke sistem pneumatik.
17