Page 21 - SISTEM PNEUMATIK
P. 21

➢        Pemampat omboh satu dan dua peringkat
                          Pemampat jenis ini menggunakan gerakan piston dalam silinder untuk memampatkan
                          udara. Biasanya udara termampat dihasilkan melalui proses mampatan dalam satu atau

                          beberapa  peringkat.  Pemampat  salingan  satu  peringkat  menghasilkan  tekanan  udara
                          yang lebih rendah daripada pemampat salingan dua peringkat.

                          Pemampat  salingan  satu  peringkat  memampatkan  udara  dalam  silinder  dengan
                          menggunakan  satu  piston  sahaja.  Piston  digerakkan  ke  bawah  dan  udara  atmosfera
                          disedut  masuk  ke  ruang  silinder  melalui  liang  sedutan  seperti  rajah  2.3(a).    Apabila
                          injap sedutan terbuka, injap hantaran adalah dalam keadaan tertutup.  Selepas itu proses
                          hantaran  bermula  dengan  piston  bergerak  ke  atas,  injap  hantaran  terbuka  dan  injap
                          sedutan  tertutup.  Udara  dalam  ruang  atas  piston  dalam  silinder  akan  ditolak  keluar
                          melalui liang hantaran ke penerima seperti rajah 2.3(b). Proses ini memampatkan udara
                          sehingga ke suatu tekanan yang telah dilaraskan.
                              Injap                  Injap hantaran
                            sedutan
                           Liang                     Liang hantaran
                           sedutan
                                                     Omboh






                             Sumber :
                              Pneumatic Control for
                             Industrial Automation,
                             AE Press, 1987

                                                   (a) Proses Sedutan                       (b)Proses Hantaran
                                  Rajah 2.3 : Keratan rentas dan proses pemampat salingan satu peringkat.










                                                                   Sumber :
                                                                   SMC Pneumatic



                                            Gambarajah 2.4 : Pemampat salingan satu peringkat

                          Pemampat  salingan  dua  peringkat  memampatkan  udara  dengan  menggunakan  dua
                          piston. Udara disedut ke dalam ruang atas piston dalam silinder pertama dan dihantar
                          dengan satu tekanan ke ruang atas piston dalam silinder kedua untuk dimampatkan ke


                                                                                                               12
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26