Page 19 - SISTEM PNEUMATIK
P. 19
penyukatan peratus air dalam satu isipadu angin/udara, berbanding dengan nilai maksimum
udara berdasarkan suhu tertentu. Garisan melengkung pada Gambarajah 2.2 mewakili garisan
Dew Point atau 100% RH, untuk julat suhu tertentu.
Sumber:
SMC Pneumatic
Rajah 2.3 : Garis lengkung Dew Point
2.2 PEMAMPAT UDARA
Pemampat udara memampatkan udara dari tekanan atmosfera ke satu tekanan yang lebih tinggi. Ini
dilakukan oleh pemampat iaitu dengan mengurangkan isipadu udara itu. Bagi kiraan udara dianggap
sebagai mengalami satu proses politropik.
Udara yang dibekalkan mestilah bersih daripada minyak dan bahan cemar. Keadaan seumpama ini
amat penting dalam memproses makanan dan penyenggaraan peralatan. Udara dimampatkan supaya
boleh disimpan dan digunakan untuk membekalkan tenaga yang berkesan kepada kendalian mesin.
Kegunaan udara termampat adalah seperti di bawah;
Mengendalikan alatan salingan contohnya penukul ribet, penukul menyerpih, pengorek,
pemecah konkrit dan sebagainya.
Mengendalikan alatan berputar contohnya motor udara, pencanai, gerudi, reamer, pam
kendalian udara, wrenches dan sebagainya.
Menyembur cat, minyak, racun serangga dan sebagainya.
Mengendalikan omboh-omboh udara untuk alat penekan, pembuka pintu, pengangkat,
pencengkam dan sebagainya.
10