Page 17 - SISTEM PNEUMATIK
P. 17
BAB 2 PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK
2.0 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang berlaku apabila angin dimampatkan, pertama ialah
kenaikan tekanan dan kedua ialah haba yang banyak dihasilkan. Oleh kerana haba tidak diperlukan di
dalam sistem pneumatik, ianya dikeluarkan dengan menggunakan strip penyejuk pemampat. Pada
peringkat akhir air akan terhasil, ini adalah kerana air tidak boleh dimampatkan dan ianya diperah keluar
pada peringkat mampatan.
Pada masa ini, sistem mampatan boleh didapati dikebanyakan kilang. Ianya harus diletakkan pada
kawasan yang mempunyai ventilasi yang banyak, kuasa yang diberikan ialah antara 700 – 800 kPa.
2.1 PERSAMAAN YANG BERKAITAN DENGAN UDARA MAMPAT
Sebelum anda teruskan dengan Sistem Pneumatik, eloklah kiranya anda mengetahui terlebih dahulu
persamaan yang berkaitan dengan udara mampat, seperti yang tersenarai di bawah.
2.1.1 Tekanan
Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan dalam satu sistem iaitu kPa, psi dan bar. Kesemua
udara akan kembali ke atmosfera berdasarkan persamaan unit di bawah.
2
1 Atmosfera = 100 kPa (1 Pascal = 1 N/m )
= 14.5 psi
= 1.01325 bar
2.1.2 Hukum Boyles
Seperti juga gas, udara tidak mempunyai bentuk tertentu. Jika isipadu sesuatu jisim
dikurangkan, tekanan akan bertambah kerana ianya berkadaran songsang terhadap isipadu,
iaitu jika isipadu dikurangkan sebanyak ½ kali, tekanan akan bertambah sebanyak 2 kali
seperti Gambarajah 2.1
Formula yang membuktikan teori tersebut ialah:
P1V1 = P2V2
8