Page 48 - SISTEM PNEUMATIK
P. 48
Injap kawalan arah terbahagi kepada empat iaitu :-
a. Injap kili
b. Injap Popet
c. Injap Gelongsor
d. Injap Putar
a. Injap Kili
Gambarajah 3.24 menunjukkan injap kawalan arah kili. Ianya
terdiri daripada aci yang dibentuk menjadi sebatang kili dipasang dalam kelongsong
dan boleh digerakkan bagi tujuan untuk mengubah arah aliran udara.
Kebaikan Injap Kili :
Binaan mudah.
Daya yang digunakan untuk menggerakkan kili adalah kecil.
Sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran.
Aliran udara yang melaluinya lebih banyak jika dibandingkan dengan injap jenis
lain.
Keburukan Injap Kili :
Semasa proses memesin, ia memerlukan proses pemesinan yang berkejituan tinggi.
Sedikit kebocoran udara boleh terjadi pada injap.
Penggunaan udara yang tidak bersih ( berhabuk ) boleh merosakkan injap.
Pelinciran perlu pada bahagian yang menggelongsor.
Sumber :
SMC Pneumatic
Gambarajah 3.24 : Injap kawalan arah Kili
b. Injap Kawalan Arah Popet
Gambarajah 3.25 menunjukkan injap kawalan arah jenis popet. Ianya diperbuat
daripada getah tiruan atau resin yang dipadatkan. Popet didalam injap akan menutup
tempat duduk injap “valve seat” pada arah paksi untuk memberhentikan aliran udara
atau untuk membuka injap bagi membolehkan udara melaluinya di tempat duduk
injap.
39