Page 49 - SISTEM PNEUMATIK
P. 49

Kebaikan Injap Popet:
                               Injap boleh dibuka dan ditutup dengan cepat kerana ia memerlukan hanya sedikit
                            gerakan.
                               Risiko kegagalan operasi terlalu kecil kerana kotoran dapat dielakkan dari
                            memasuki injap.
                               Tiada pelincr diperlukan.
                               Mudah untuk dibuat.
                               Tiada kebocoran berlaku.

                            Keburukan Injap Popet:
                               Daya untuk menggerakkan bertambah jika tekanan bertambah.
                               Sekiranya  sambungan  pada  injap  perlu  ditambah,bentuk  injap  menjadi  lebih
                            kompleks.









                                                                             Sumber :
                                                                             SMC Pneumatic


                                                Gambarajah 3.25 : Injap Kawalan Arah Jenis Popet


                            c.   Injap Gelongsor

                            Gambarajah 3.26 menunjukkan injap kawalan arah jenis gelongsor ianya diambil
                            daripada teknik injap yang digunakan pada injap stim yang terdapat pada keretapi.
                            Injap jenis gelongsor berfungsi untuk mengalirkan udara dengan cara menggelongsor
                            atau menggerakkan injap gelongsor pada permukaan rata.  Kedua-dua permukaan
                            mestilah rata dimana permukaan gelongsor berfungsi sebagai kedap.

                            Semasa  gerakannya,  rintangan  geseran  mestilah  diminimumkan  dengan  cara
                            menggunakan  minyak  pelincir  pada  permukaan  yang  bersentuhan.      Terdapat  juga
                            injap  gelongsor  jenis  kecil  dengan  menggunakan  bahan  “resin  tiruan”  untuk
                            mendapatkan kedapan yang baik.











                                                                                                               40
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54