Page 72 - SISTEM PNEUMATIK
P. 72
5.4.2 Litar Pembilang Langkah
Litar ini mengandungi lebih daripada satu silinder, seperti litar cascade, ianya mempunyai jujukan
supaya siliner-silinder tersebut bergerak mengikut aturan tertentu yang telah ditetapkan.Contoh
jujukan adalah seperti dibawah:
A + B+ C+ C- B- A-
Sekiranya anda diberi jujukan seperti di atas dan anda dikehendaki membina litar dengan
menggunakan kaedah pembilang langkah, pertama sekali anda perlu pastikan berapa silinder yang
diperlukan. Contoh jujukan di atas anda memerlukan 3 silinder iaitu A,B dan C. Kedua anda perlu
memastikan jumlah pergerakkan untuk menentukan bilangan modul pembilang langkah yang
diperlukan. Contoh jujukan di atas ianya mempunyai 6 pergerakan, jadi litar ini memerlukan 6
modul pembilang langkah. Rajah 5.7 menunjukkan binaan litar bagi jujukan di atas.
5.4.3 Sambungan Litar
Bagi menyambungkan litar dari modul ke injap kuasa, anda perlu mengikut langkah-langkah di
bawah berpandukan rajah 5.7 di muka surat sebelah.
Isyarat dari modul pembilang langkah (bahagian atas)
Modul pertama disambungan ke A1
Modul kedua disambung ke B1
Modul ketiga disambung ke C1
Modul keempat disambung ke C0
Modul kelima disambung ke B0
Modul keenam disambung ke A0
Sambungan litar dari modul pembilang langkah kepada injap
kawalan(bahagian bawah)
injap Ao disambung ke injap mula, St dan seterusnya disambung ke injap DAN pada modul 1
injap A1 disambung ke injap DAN pada modul kedua
injap B1 disambung ke injap DAN pada modul ketiga
injap C1 disambung ke injap DAN pada modul keempat.
injap C0 disambung ke injap DAN pada modul kelima
injap B0 disambung ke injap DAN pada modul keenam
63