Page 71 - SISTEM PNEUMATIK
P. 71

5.4  LITAR PNEUMATIK PEMBILANG LANGKAH

               Litar  ini  mengandungi  modul-modul  yang  dihubungkan  kepada  injap-injap  kuasa.  Setiap  kuasa  pula
               dihubung dengan sebuah silinder pneumatik.  Injap kuasa yang digunakan ialah injap kawalan berarah 4/2
               dianjak oleh pneumatik.  Setiap langkah maka bermakna empat modul akan digunakan. Misalnya dalam
               satu kitar, jika sebuah silinder perlu dipanjangkan dua kali maka dua buah modul diperlukan dan jika
               perlu pula diundurkan dua kali juga maka dua lagi modul diperlukan.
               Modul Pembilang Langkah
               Litar Pembilang Langkah

               Setiap modul mengandungi dua injap, iaitu
               1.   Injap memori iaitu injap kawalan berarah 3/2 yang dianjakkan oleh pneumatik.
               2.    Injap DAN.

               Selain daripada modul ini, litar jenis ini adakalanya memerlukan injap-injap berikut:
               Injap ATAU.
               Injap DAN.



                     5.4.1  Modul Pembilang Langkah

                     Bagi membina litar pembilang langkah, anda memerlukan modul pembilang langkah yang terdiri
                     daripada  injap  3/2  dan  injap  DAN.    Ianya  mempunyai  6  titik  sambungan  seperti  gambarajah  di
                     bawah. PERINGATAN! Anda mestilah melukis modul pembilang langkah dengan lengkap seperti
                     gambarajah 5.9 di bawah supaya tidak terkeliru dalam pembinaan litar pembilang langkah.


                                              3                Berdasarkan rajah 5.9   di sebelah,
                                                               penomboran melambangkan laluan angin
                                                     5         untuk sesuatu penyambungan litar.
                                       4                       1.  Isyarat persediaan dari jujukan yang
                                                                  terdahulu
                             1                         6       2.  Tindak balas signal dari langkah yang
                                                                  lepas
                                                               3.  signal ke injap kawalan arah
                                                               4.  menolak balik injap 3/2 yang lepas ke
                                                                  kedudukan asal
                                          2                    5.  isyarat persediaan untuk modul akan
                                                                  datang
                                                               6.  Isyarat menolak balik injap 3/2
                                                                  kedudukan asal

                                           Rajah 5.9 : Modul  Pembilang Langkah






                                                                                                               62
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76