Page 66 - SISTEM PNEUMATIK
P. 66

5.3  MEMBINA LITAR LATA ( CASCADE )

               Dalam membina litar lata, perkara seperti membahagikan  pergerakan silinder kepada kumpulan, setiap
               ahli  kumpulan  tidak  boleh  sama  dan  jumlah  bilangan  kumpulan  adalah  bersamaan  dengan  bilangan
               garisan yang akan digunakan ke dalam sesuatu sistem pneumatik, adalah merupakan cara penting yang
               perlu dikuasai oleh seseorang semasa proses melakukannya. Dalam litar ini, terdapat injap memori dan
               garisan angin sekiranya dibandingkan dengan pengendalian litar asas berbilangan silinder. Di samping itu,
               litar ini agak popular digunakan dalam mesin gerudi, dimana mesin perlu dikawal langkah demi langkah
               dalam pembuatan dan lain-lain lagi.

                     5.3.1  Cara untuk membina litar pneumatik lata (Cascade).

                     Prosedur membina litar lata adalah seperti berikut;

                     1.  Membahagikan  jujukan  gerakan  silinder  seperti  rajah  5.5  di  bawah,  A+,  B+,  A-,A+,  B-,  A-
                       kepada  beberapa  kumpulan.  Pastikan  bahawa  setiap  kumpulan  yang  dibahagikan  tidak
                       mempunyai  jujukan  pada  silinder  yang  sama  contohnya  A+  tidak  boleh  berada  dalam  satu
                       kumpulan dengan A-. Kumpulan yang dibahagikan adalah berdasarkan garis angin yang hendak
                       kita guna. Sekiranya anda telah menubuhkan 4 kumpulan seperti dibawah bermaksud anda akan
                       menggunakan 4 garis angin.

               1                   2                     3                    4
                            a1                                         a1

                     A+            B+             A-            A+            B-             A-

                                            b1             a0                           b0


                                      st                        a0

                                            Rajah 5.5 : Jujukan Gerakan Selinder












                                                                                                               57
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71