Page 63 - SISTEM PNEUMATIK
P. 63
Jujukan litar merupakan turutan pergerakan silinder atau penggerak yang mempunyai lebih dari satu
penggerak dalam sesuatu litar. Berdasarkan rajah 5.1 di atas, jujukan litar adalah seperti rajah 5.2 di
bawah.
a1 b1 a0
A+ B+ A- B-
st b0
Rajah 5.2 : Jujukan litar
Rajah 5.2 di atas menunjukkan dua buah silinder dua tindakan iaitu A dan B. Di mana pergerakkan
silinder ini perlu mengikuti jujukan A+ B+ A- B- dengan secara Automatik apabila suis tekan ditekan dan
dilepaskan.
Komponen : Dua buah sillinder dua tindakan, dua injap kawalan berarah 4/2, empat buah injap belantik
sehala, dua buah suis sentuh dan sebuah suis tekan.
Penerangan kendalian :
Bila suis tekan ditekan, udara dibekalkan ke injap belantik sehala a1dengan "normally open" sehingga ke
injap kawalan berarah 4/2.
Injap ini akan bergerak ke sebelah kiri untuk menyambungkan A+, kemudian udara akan dihantar ke
silinder A bagi menggerakkan rod silinder keluar sehingga
menyentuh suis sentuh a1 dan terhenti.
Injap belantik a1 akan mula beroperasi dengan bergerakkan ke kiri supaya udara dapat disalurkan ke injap
kawalan berarah 4/2 dengan menyambung B+ dengan tujuan untuk menolak rod silinder B keluar
daripadanya sehinggs rod itu tersentuh suis sentuh b1.
Sebaik sahaja rod itu tersentuh suis sentuh b1, injap belantik b1 akan berfungsi lalu bergerak ke kanan bagi
melengkapkan sambungan agar menyalurkan udara menerusinya ke injap kawalan. Di sini injap kawalan
akan digerak kembali ke arah kanan dengan menyambungkan A- sehingga ke silinder A. Hal ini akan
menolak rod silinder A masuk ke dalamnya supaya udara itu dapat dialir keluar hingga ekzos dengan
bantuan saluran yang telah disambungkan. Ia akan terhenti apabila tersentuh suis sentuh a0.
Apabila rod silinder tersentuh suis sentuh a0,silinder B akan berfungsi semula di mana udara dibekalkan
dengan menerusi injap belantik sehala kemudian memasak injap kawalan 4/2 bergerak ke sebelah kiri.
Ini akan membolehkan B- disambung dan menbenarkan udara melaluinya sehingga silinder B. Dengan ini
rod silinder akan ditolak masuk sebaik sahaja bekalan udara diterima lalu menyalurkan udara disebelah
depan rod ke bahagian ekzos.
Manakala silinder A akan berfungsi lagi bila rod di silinder B tersentuh suis sentuh b0, kitar ini akan
berulang-ulang beroperasi selagi suis tekan tidak dilepaskan.
54