Page 62 - SISTEM PNEUMATIK
P. 62
BAB 5 REKABENTUK LITAR
(KAWALAN TURUTAN BERBILANG SILINDER)
5.0 PENGENALAN
Sekiranya seseorang bercerita tentang reka bentuk litar pneumatik, apakah yang anda faham tentangnya ?
Kerja mereka bentuk bagi suatu litar pneumatik bukanlah satu tugas yang mudah dilakukan terutama
sekali apabila banyak penggerak yang perlu dikawal dengan jujukan gerakan yang rumit. Oleh itu, aspek-
aspek seperti keselamatan tentang pengoperasian, perlaksanaan fungsi yang dicapai, tahap kecekapan
operasi dan kos perlu diambil kira ketika melakukan kerja mereka bentuk litar pneumatik, supaya litar
tersebut dapat mencapai atau melaksanakan kerja ke tahap yang optimium.
Perlaksanaan fungsi yang dicapai adalah dimaksudkan sebagai asas pencapaian yang berulang. Sementara
itu, aspek yang perlu dititikberatkan ialah sistem hendaklah bebas daripada suhu persekitaran yang tinggi,
kelembapan dan habuk. Hal ini kerana perkara berkenaan dapat mempengaruhi atau merosakkan litar
sistem pneumatik. Tambahan pula, kos pembaikan bagi sistem ini adalah mahal.
5.1 PENGENDALIAN LITAR ASAS KAWALAN TURUTAN BERBILANG SILINDER
Bagi kendalian litar kawalan turutan berbilang selinder di contoh 5.1 di bawah, terdapat dua rod silinder
tindakan pneumatik yang akan digerak atau dikawal secara bergilir-gilir dengan menggunakkan bantuan
daripada komponen-komponen pneumatik.
Contoh 5.1 :
Silinder A Silinder B
a0 b0
a1
b1
b0 b1 a1
a0
St
Sumber angin
Rajah 5.1 : Litar asas berbilang silinder
53