Page 14 - E-FOLIO DPE2-S1 IDEOLOGI SONGSANG
P. 14
Usaha-usaha yang perlu dilakukan
untuk menolak ideologi songsang di
kalangan individu, keluarga dan
masyarakat
• 1.Peranan kerajaan dengan kerjasama organisasi agama
• Kerajaan dan kerjasama organisasi agama perlu merangka
pelan dan stratergik yang berkesan bagi memulihkan golongan
LGBT. Sebagai contoh, organisasi tersebut boleh menubuhkan
sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab membawa
golongan tersebut ke pangkal jalan. Antara contoh yang lain
pula, khidmat nasihat dan kaunseling juga boleh diberikan
kepada golongan yang hanyut dalam dunia LGBT agar kembali
insaf.
• 2.Peranan ibu bapa
• Bagi pihak ibu bapa pula, mereka bertanggungjawab untuk
mengawasi keadaan anak-anak mereka pada setiap masa.
Pemantauan terhadap perubahan fizikal dan emosi anak-anak
haruslah dilakukan agar kecenderungan mereka terhadap gejala
LGBT ini dapat dibendung. Antara cara-cara pemantauan yang
boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah memeriksa kandungan
telefon bimbit anak-anak, mengenali siapa rakan-rakan mereka,
serta memahami peribadi anak-anak. Sekiranya anak-anak
terlibat dalam gejala LGBT, ibubapa wajarlah membuat
tindakan yang tegas terhadap mereka.