Page 10 - E-FOLIO DPE2-S1 IDEOLOGI SONGSANG
P. 10
Kesan Kepada Masyarakat
• LGBT bukan lagi satu rahsia, ianya telah menjadi
perbualan hangat di negara kita dan topik
perbincangan dalam kalangan masyarakat. Mengapa
ia menjadi isu hangat? Kerana ia memberi kesan yang
sangat mendalam kepada institusi kemasyarakatan.
Golongan ini ibarat satu wabak yang akan menjadi
kanser.Dalam kehidupan bermasyarakat, seseorang
yang tidak mematuhi peraturan masyarakat, ianya
akan disingkirkan daripada masyarakat tersebut. Hal
ini kerana mereka akan membawa masalah dalam
masyarakat. Sebagai contoh, golongan LGBT atau
ahli masyarakat yang terlibat dengan LGBT akan
diusir oleh masyarakat kerana dikhuatiri akan
mempengaruhi individu lain untuk menyertai mereka.
Sekiranya ia berlaku, masyarakat yang terlibat akan
menanggung malu dan kehormatan masyarakat
tersebut akan jatuh. Dapat kita lihat disini, kesan
LGBT terhadap masyarakat amatlah dasyat, kerana ia
melibatkan maruah sekumpulan manusia yang
sentiasa menjaga adat tata susila dan pegangan agama.