Page 5 - E-FOLIO DPE2-S1 IDEOLOGI SONGSANG
P. 5
Fakta LGBT
1. Bendera “Pelangi 6 Warna” ialah bendera yang
diguna pakai oleh pengamal LGBT sebagai tanda
solidariti di seluruh dunia
2. Perarakan “Pride” merupakan perarakan
pengamal/penyokong LGBT yang sering dijalankan
di negara-negara yang menyokong gerakan LGBT
ini bagi memperlihatkan kepada awam kebanggaan
mereka sebagai pengamal LGBT.
3. Negara-negara yang membenarkan perkahwinan
sejenis sehingga tahun 2019 ialah Argentina,
Australia, Austria, Belgium, Brazil, Canada,
Colombia, Costa Rica, Denmark, Finland, France,
Germany, Iceland, Ireland, Luxembourg, Malta,
Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway,
Portugal, South Africa, Spain, Sweden, Taiwan,
United Kingdom, United States dan Uruguay.
4. The Employment Non-Discrimination Act telah
diterima oleh Kongres Amerika Syarikat pada tahun
2007. Akta ini melarang diskriminasi orientasi
seksual di tempat kerja.
5. Kajian oleh Organisasi Gallup di Amerika
Syarikat memperolehi 67% menyokong
perkahwinan sejenis.
6. Kajian pada 2015 mendapati 90% warga Rusia
menolak perkahwinan sejenis.