Page 113 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 113

Bab 2 - 74




           Sambungan
           Komponen/ Kategori  Isu-isu Semasa Kajian Kes

           Struktur Bangunan,   •  Penutup saliran parit bagi mengelakkan pengguna terjatuh dan mengundang
           Penyelenggaraan       kecederaan.
           Dan
           Penambahbaikan      •  Ketiadaan menara azan untuk meningkatkan lagi radius capaian laungan azan bagi
                                 masjid dan surau.
                               •  Anjakan bangunan masjid dan surau yang tidak mematuhi kepada GP dan berlakunya
                                 perbezaan orientasi pelan susunatur selepas pengubahsuaian.
                               •  Naiktaraf masjid / penyelenggaraan masjid lama terutama pengubahsuaian struktur
                                 bumbung, menggantikan siling, anjung utama dan lain-lain komponen masjid dan
                                 surau termasuk pembinaan longkang konkrit dan sistem pendawaian semula.
           Struktur Tanah      •  Struktur tanah bagi masjid dan surau di kawasan ladang kelapa sawit, kawasan
                                 berhampiran badan air yang berisiko berlaku banjir apabila hujan lebat, kawasan
                                 berbukit dan lain-lain kawasan yang memerlukan penelitian dalam membentuk garis
                                 panduan masjid dan surau pada masa akan datang.
           Keselamatan Dan     •  Keperluan bagi faktor keselamatan dengan perkhidmatan pengawal keselamatan,
           Kecemasan             sistem kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) dan rondaan polis bagi
                                 mengelakkan berlakunya kes kecurian dan rompakan, kes anjing liar bagi masjid dan
                                 surau di kawasan ladang dan pendalaman.
                               •  Keperluan bagi faktor kecemasan seperti peti kecemasan, alat pemadam api, tangga/
                                 laluan kecemasan bagi bangunan yang melebihi satu tingkat dan penyediaan tempat
                                 berkumpul dan pili bomba.
                               •  Lokasi masjid dan surau yang berhampiran dengan jalan-jalan utama perlu
                                 mengambilkira keadaan lalulintas dan keselamatan pejalan kaki dengan penyediaan
                                 jejantas, lintasan pejalan kaki dan lain-lain.

                               •  Pencahayaan pada waktu malam bagi menggelakkan kes kecurian dan kemalangan.
                               •  Terdapat masjid dan surau yang tiada pagar atau telah usang yang perlu dibaikpulih.

                               •  Pengawalan keselamatan bagi lalulintas kawasan masjid dan surau yang
                                 berhampiran kawasan industri kerana keluar masuk kenderaan berat.

                               •  Masalah haiwan perosak sepertiserangga dan anai-anai selain kelawar dan musang
                                 yang kerap mengotorkan ruangan solat masjid dan surau.
           Rekabentuk Sejagat  •  Keperluan tandas OKU, ramp, handrail, bilik penyusuan dan persalinan bayi, tempat
           (Universal Design)    letak kereta OKU, lif untuk warga emas dan OKU dan lain-lain aspek yang perlu
                                 diambilkira.

           Aktiviti Dan        •  Aktiviti dan program yang dijalankan adalah perlu mengambilkira kesemua peristiwa
           Program               dan perayaan dalam kelendar Islam.
                               •  Keceriaan dan kebersihan bagi landskap dan keadaan persekitaran masjid dan surau.


                               •  Program-program imarah masjid dan surau yang perlu lebih terbuka dan tidak
                                 konvensional bagi menarik perhatian orang muda dan kanak-kanak untuk hadir.
                               •  Menambahbaik  peranan  masjid  dan  surau  dari  aspek  sosial  dengan
                                 memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan golongan belia.
                               •  Program Maulidur Rasul ﷺ dan program-program keagamaan seperti kelas-kelas
                                 agama, pertandingan azan dan lain-lain yang mampu menarik minat semua golongan
                                 jemaah untuk datang ke masjid dan surau.
                               •  Penanaman pokok hidroponik sebagai aktiviti untuk menjana ekonomi masjid/
                                 surau.




                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118