Page 131 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 131

Bab 3 - 16







           3.2.5   Analisis Kemudahsampaian Bagi Rumah Ibadat Agama Islam


           Analisis ini bertujuan mendapat gambaran awal kemudahsampaian rumah ibadat Islam yang sedia ada di
           Negeri Johor. Kaedah penentuan kemudahsampaian ini menggunakan Garis Panduan Perancangan
           Kemudahan Masyarakat iaitu berdasarkan jarak dan masa pejalan kaki ke tempat kemudahan.




             Jadual 3.7: Piawaian Jarak Kemudahsampaian Kemudahan Keagamaan Berdasarkan GP Perancangan Kemudahan Masyarakat


                  Kemudahan                    Jarak(m)
                  Keagamaan        Kemudahsampaian

              Rumah Ibadat Islam     400m - 800m





           Radius 400 meter - 800 meter digunakan mengikut ketetapan jarak dari setiap kemudahan tersebut. Hasil
           tindanan keatas sempadan pentadbiran seperti sempadan daerah dan gunatanah perumahan khususnya di
           Negeri Johor akan dapat melihat petempatan dalam liputan dan luar liputan perkhidmatan rumah ibadat
           Islam ini untuk tujuan perancangan masa depan. Jadual di bawah menunjukkan tahap kemudahsampaian
           rumah ibadat Islam dengan petempatan dalam radius 400 meter - 800 meter.


           Hasil kajian mendapati semua daerah mencatatkan tahap kemudahsampaian tertinggi dengan meliputi
           lebih daripada 50 peratus kawasan perumahan daripada jumlah keseluruhan kawasan perumahan di
           daerah masing-masing.

                         Jadual 3.8:  Kawasan Perumahan Dalam Radius Rumah Ibadat
                                     Kawasan Perumahan Dalam Radius
                                      Rumah Ibadat Islam (400m-800m)  Jumlah Keseluruhan
                           DAERAH                                 Kawasan Perumahan
                                    Kawasan Liputan    %           Mengikut Daerah
                                        (Hek.)
                         Johor Bahru   7711.37        83.15           9273.55
                         Kluang        3007.93        61.60           4882.69
                         Kota Tinggi   2553.04        81.57           3130.05
                         Mersing       1092.41        55.66           1962.62
                         Muar          1798.88        79.42           2264.99
                         Pontian       435.898        68.75           634.05
                         Segamat       1453.1         67.07           2166.57
                         Kulai         1434.97        59.00           2432.25
                         Tangkak       814.009        71.82           1133.41
                         Batu Pahat    4112.37        67.28           6112.04



                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136