Page 133 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 133
Bab 3 - 18
3.2.6 Analisis Bandar dan Luar Bandar Bagi Rumah Ibadat Agama Islam
Analisis ini bertujuan mendapat gambaran awal tentang aspek aksesibiliti terhadap kemudahan rumah
ibadat di kawasan dalam bandar. Pembangunan yang pesat dalam kawasan bandar mestilah disusuli
dengan pembangunan kemudahan terutamanya rumah ibadat bagi memenuhi keperluan semasa
pengguna yang akan secara tidak langsung mempengaruhi kualiti kehidupan.
Hasil tindanan keatas sempadan pentadbiran seperti sempadan bandar dan gunatanah perumahan
khususnya di Negeri Johor akan dapat melihat petempatan dalam liputan dan luar liputan perkhidmatan
rumah ibadat Islam ini untuk tujuan perancangan masa depan.
Hasil kajian mendapati bahawa tahap penyediaan rumah ibadat Islam di dalam kawasan bandar adalah
di tahap rendah. Jadual di bawah menunjukkan bahawa pembangunan masjid dan surau dalam kawasan
bandar mempunyai peratusan di bawah 30%.
Kebanyakan pembangunan rumah ibadat Islam terletak di jarak 1.5 km dari kawasan bandar. Hal ini
mungkin dipengaruhi oleh kesediaan tanah sedia ada lebih banyak tetumpu dalam lingkungan melebihi
1.5 km dari kawasan bandar kerana faktor tumpuan perumahan yang lebih banyak.
Jadual 3.9: Kemudahan di Dalam Kawasan Bandar
Masjid % Surau %
Bandar 171 21.4 487 28.5
Luar Bandar 628 78.6 1,221 71.5
799 buah 1,708 buah
Jumlah
(100%) (100%)
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A