Page 193 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 193

Bab 4- 32









           •   Perkuburan Islam Bertingkat
           Beberapa fatwa telah dikeluarkan oleh  Jabatan Mufti dan
           Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
                                                                         Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
           Agama Islam Malaysia berkenaan kubur bertingkat.              Agama Islam Malaysia Kali ke-92
                                                                         yang bersidang pada 15-17
                                                                         Disember 2010 memutuskan
           Merujuk kepada fatwa yang kedua dikeluarkan oleh Jabatan Mufti   bahawa Kubur Bertingkat
                                                                         diharuskan
           Negeri Selangor yang diwartakan pada 7 Oktober 2004 menyebut:
           “Tanah perkuburan yang sudah penuh dan tiada kawasan lapang   Namun dengan syarat berada
                                                                         dalam keadaan darurat seperti,
           sebagai menambah keluasan tanah perkuburan, maka adalah        1. Kepadatan penduduk.
           disarankan bahawa menggunakan semula tanah perkuburan Iama     2. Lokasi tanah perkuburan
                                                                            yang terhad.
           dengan cara atau kaedah - Menimbun tanah di atas kubur lama di
           kawasan tanah perkuburan setinggi 4 kaki. Kaedah ini amat sesuai
           di tanah perkuburan yang rendah.”

            Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
            Ehwal Agama Islam Malaysia telah membincangkan isu ini dan
            memutuskan bahawa berdasarkan prinsip hukum Islam,
            pembinaan kubur secara bertingkat harus dilaksanakan
            sekiranya keperluan amat mendesak bagi mengatasi
            kekurangan tanah perkuburan orang Islam pada hari ini.
            Walaubagaimanapun kajian terhadap modul-modul
            pelaksanaannya perlu diteliti secara menyeluruh dengan
            mengambil contoh di beberapa buah negara luar yang telah
                                                              Kubur Bertingkat di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Jamiul Badawi
            melaksanakannya di samping mengambil kira aspek penjimatan
            kos dan seumpamanya.


            Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberikan pendapat kepada dua keadaan iaitu  jika di kawasan
            kampung, desa serta pedalaman dan terdapat tanah yang luas dan banyak wakafan untuk kubur, keperluan
            untuk membina kubur bertingkat adalah masih lagi tidak menepatinya. Walaupun tanah kubur begitu
            luas, namun adalah amat wajar pengurusan kubur mula menyusun atur dan merancang penggunaan tanah
            kubur secara optimum. Manakala jika di kawasan perbandaran yang pesat seperti Bandaraya Kuala Lumpur
            yang mempunyai tanah perkuburan semakin terhad, hukum pembinaan kubur bertingkat adalah harus
            dan dibolehkan.


            Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menekankan keperluan untuk mengurus perkuburan secara terancang
            agar penggunaan tanah untuk pengebumian dapat digunakan secara maksimum.  Selain itu pembersihan
            kubur dan penyusunan yang rapi juga amat digalakkan agar memberi kemudahan dan keselesaan penziarah
            kubur untuk mengambil iktibar di samping mengambil pengajaran dan berdoa untuk si mati.


                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198