Page 196 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 196
Bab 4- 35 K
I
A
B
R
E
T
4.6 Rumusan Penemuan Kaedah Amalan Terbaik N A
L
A
M
Komponen Penerangan A
H
Masjid dan Surau A
D
Senibina/ Konsep/ ● Ciri-ciri asas binaan Masjid dan Surau sekurang-kurangnya mempunyai salah satu E A
Struktur Bangunan elemen keislaman seperti menara atau kubah namun tidak semestinya pada K
strukturnya bangunan yang lain seperti tiang-tiang besar.
● Rekabentuk masjid dan surau haruslah selaras dengan peranannya. Contohnya masjid
negeri atau masjid daerah yang mempunyai capaian Jemaah yang lebih ramai.
Rekabentuk masjid haruslah mengambikira faktor-faktor peningkatan Jemaah pada
Solat Jumaat dan Solat Hari Raya .
● Konsep bangunan moden, kontemporari ataupun tradisional yang mempunyai ciri-ciri
istimewa akan memberi tarikan kepada jemaah dan pengunjung. Ciri-ciri unik sama
ada dari faktor rekabentuk ataupun sejarah akan menjadikan masjid itu sebagai
tempat pelancongan.
Landskap ● Tanaman hijau atau berbunga di sekeliling Masjid dan Surau mewujudkan suasana
harmoni nyaman. Walaubagaimapun landskap ini tidak semestinya sarat dengan
tumbuhan kerana ia dipengaruhi oleh faktor-faktor penyelenggaraan. Pemilihan
tumbuhan dan susunatur landskap memainkan peranan besar supaya masjid dan
surau kelihatan lebih menarik dengan suasana hijau.
● Laman hijau dengan ciri-ciri plaza serta rumput yang luas akan menambah seri
kawasan masjid dan surau. Laman hijau ini samada di ruangan depan, tengah atau atas
bangunan. Ciri-ciri air pancut akan menurunkan haba dan menyejukkan sekitar masjid
serta memberi suasana nyaman kepada Jemaah.
Kemudahan ● Kemudahan asas yang disediakan termasuklah ruang solat utama, ruang solat terbuka
dan berbumbung, dewan, bilik kuliah, tempat letak kenderaan, bilik bilal, bilik
pengurusan dan tempat mandi jenazah, pejabat, mimbar, balai memasak, ruang makan,
bilik musafir, taman permainan kanak-kanak, kuaters imam (untuk masjid), laluan
pejalan kaki berbumbung dan tempat letak kenderaan.
Ciri-ciri Bangunan ● Sistem masjid dan surau yang mengamalkan ciri-ciri bangunan hijau akan
Hijau (GBI) menjimatkan air dan elektrik serta mengurangkan penyelengaraan dengan amalan
kitar semula.
● Takungan air bawah tanah dari lebihan air wuduk yang disalurkan digunakan untuk
mengepam tandas.
● Bagi memastikan penjimatan air, takungan bawah tanah dari penuaian air hujan
(SPAH) dan pengumpulan air wuduk dibina untuk tujuan siraman pokok di sekeliling
masjid. Takungan air bawah tanah dari lebihan air wuduk ini juga boleh disalurkan
untuk mengepam tandas.
● Kebiasaanya Masjid dan Surau akan menggunakan eletrik seperti lampu, kipas dan
penghawa dingin sekurang-kurangnya lima kali iaitu pada waktu solat fardhu. Oleh itu
penggunaan panel solar serta dinding kaca yang luas akan mengurangkan penggunaan
eletrik. Penggunaan dinding kaca dengan lapisan seramaik akan berfungsi sebagai
penghalang terus matahari.
● Bidet dan paip air bersensor (mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan) akan
mengawal penggunaan air disamping mengurangkan pembaziran air.
Ciri-Ciri ● Faktor keselamatan dengan perkhidmatan pengawal keselamatan, sistem kamera
Keselamatan dan keselamatan litar tertutup (CCTV), laluan kecemasan dan pencahayaan diutamakan.
Kecemasan
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A