Page 22 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 22
Bab 1- 15 N
A
U
L
U
H
1.6 Asas Rujukan KPKK A D
N
E
1.6.1 Perlembagaan Persekutuan P
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia, yang telah
diguna pakai sejak kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan Malaysia secara jelas menyatakan mengenai
kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan juga kebebasan beragama oleh penganut agama lain.
Keperluan penyediaan kemudahan keagamaan adalah penting bagi memastikan masyarakat dapat
memanfaatkan rumah ibadat sebagai tempat untuk melakukan kegiatan keagamaan seperti sembahyang dan
melakukan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan ritual keagamaan. Perancangan yang teliti daripada pelbagai
aspek pembangunan kemudahan keagamaan adalah perlu diambil kira dan dijalankan dengan menyeluruh.
Perkara 3: ● Islam ialah agama bagi Persekutuan
Agama Bagi ● Kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya
Persekutuan ● Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua agama Islam di Negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak
● Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua agama Islam di WP Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya
● Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya masing-
masing
● Setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,
menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi agama atau khairat
Perkara 11: ● Setiap agama berhak memperoleh dan mempunyai harta dan memegang
Kebebasan dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
Beragama ● Undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan atau kepercayaan agama di kalangan orang yang dianuti
bagi WP Lumpur, Labuan dan Putrajaya
1.6.2 Rukun Negara
Rukun Negara memastikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira
Rukun Negara
agama, kaum dan latar belakang hidup bersatu padu dan mengetepikan
perbezaan demi kehidupan harmoni masyarakat majmuk penduduk 1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja
negara ini. Kehidupan beragama adalah penting bagi setiap individu di Dan Negara
Malaysia. Pegangan hidup beragama amat dituntut kerana ajaran 3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang-undang
agama mampu membentuk keperibadian masyarakat yang berkualiti 5. Kesopanan Dan Kesusilaan
dan berakhlak mulia. Setiap agama mempunyai prinsip dan pegangan
yang menyeru penganutnya agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian.
KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A