Page 25 - FULL DRAF LAPORAN TEKNIKAL KEMUDAHAN KEAGAMAAN ISLAM
P. 25

Bab 1- 18






           1.6.5    Doktrin Garis Panduan Perancangan Dan Pembangunan Sejagat


           Doktrin Perancangan dan Pembangunan   Sejagat
           diperkenalkan pada tahun 1995. Pelan perancangan dan
           pembangunan ini menggariskan pendekatan  holistik       Rajah 1.10:  Doktrin Perancangan Sejagat
           dalam setiap pembangunan yang akan dibangunkan
           pada  masa  hadapan.  Pendekatan  holistik  yang               PENCIPTA
           difokuskan turut merangkumi aspek Ketaqwaan kepada               -NYA
           Tuhan, Kesejahteraan Sosial, Kemakmuran Ekonomi dan
           Kelestarian Alam Sekitar.
                                                                        1          5
           Doktrin perancangan ini menekankan keseimbangan di        2
                                                                                       AKTIVITI PELBAGAI
           antara pembangunan fizikal dengan pembangunan insan            Manusia    4 DIMENSI
           dari segi spiritual dan nilai-nilai murni sejagat untuk
           kemajuan  negara  yang  berketerusan.  Ia  menjadi  Alam
           landasan dalam membentuk prinsip, strategi dan model  Sekitar     3          Manusia
           perancangan dan pembangunan. Doktrin Perancangan              PENGGUNAAN DAN
           dan Pembangunan Sejagat menekan hubungan 3 hala               PENGAGIHAN SUMBER
                                                                         DENGAN SAKSAMA
           iaitu:




               Hubungan Manusia             Hubungan Manusia               Hubungan Manusia
               Dengan Pencipta              Dengan Manusia                 Dengan Alam Sekitar

            ● Setiap perancangan          ● Memperkukuhkan dan         ● Manifestasi di mana manusia
               terhadap pembangunan         memberi fokus  terhadap       sebagai pentadbir (khalifah) di
               persekitaran, manusia perlu   pembangunan insan dan        muka bumi yang
               sentiasa mengingati          kemasyarakatan.               dipertanggungjawabkan untuk
               Pencipta.                                                  mengolah dan memakmurkan
                                          ● Memberi perhatian kepada      bumi.
            ● Memupuk dan                   keperluan kepelbagaian
               memperkukuhkan sifat         citarasa masyarakat (dalam   ● Manusia sebagai pembina,
               ketakwaan manusia kepada     memenuhi kesempurnaan         pengindah dan penyelamat
               Pencipta.                    hidup bermasyarakat).         alam sekitar serta tidak
                                                                          melakukan kerosakan dan
                                          ● Perancangan perlu             kemusnahan.
                                            mewujudkan persekitaran
                                            kehidupan yang lengkap,    ● Kerosakan alam
                                            memupuk kejiranan dan         membahayakan manusia dan
                                            interaksi dalam kalangan      memusnahkan sistem
                                            lapisan masyarakat.           hubungan semulajadi alam
                                                                          semesta.
                                          ● Menekankan nilai-nilai
                                            murni sejagat.             ● Pembangunan mampan akan
                                                                          memastikan sumber alam
                                                                          dijaga sebaik mungkin, untuk
                                                                          dinikmati oleh generasi akan
                                                                          datang.


                             KAJIAN PERANCANGAN KEMUDAHAN KEAGAMAAN
                             I S L A M D A N L A I N - L A I N A G A M A
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30