Page 3 - Buku Program Merentas Desa 2024 Ebook
P. 3
TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUP
Selamat pagi dan salam sejahtera.
Terima kasih pengacara majlis.
Yang berusaha,
Tuan Haji Azman Bin Lot, pengetua SMK Mak Mandin,
Cik Noraini Binti Puteh, penolong kanan Pentadbiran,
Encik Ahmad Firdaus Bin Din, penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Mohd Zulkifle B Sulaiman, penolong kanan Kokurikulum,
Puan Magaletchumy A/P Kuppusamy, penolong kanan petang,
Puan Azizah Bt Abdul Rahman, penolong kanan pendidikan khas
Yang dihormati
Barisan AJK PIBG,
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, Guru-guru,
Para ibu bapa,
Seterusnya pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian.
Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kerana
dapat bersama-sama pada hari ini bagi menjayakan Kejohanan Merentas Desa
SMK Mak Mandin bagi tahun 2024.
Kejohanan Merentas Desa merupakan program larian yang merupakan suatu
aktiviti yang sihat dan sesuai untuk dijadikan sebagai aktiviti riadah serta
memupuk minat dan budaya bersukan di kalangan pelajar.
Merentas Desa merupakan satu acara wajib yang perlu diadakan setiap tahun
oleh pihak sekolah. Ianya merupakan acara tahunan di sekolah menengah
malahan merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua
pelajar. Ia juga memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam sukan
semasa hayat mereka di bangku persekolahan.
Diantara objektif lain merentas desa adalah untuk membina kecergasan fizikal
dan mental melalui aktiviti sukan bagi membentuk individu yang cergas.