Page 4 - Buku Program Merentas Desa 2024 Ebook
P. 4
TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUP
Selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa- Guru saya berasa berbesar hati ingin
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga
sekolah dan Unit Kokurikulum kerana telah berjaya mangadakan Kejohanan ini.
Yang Keduanya adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di
kalangan warga sekolah dalam mengendalikan acara yang memerlukan
kerjasama semua pihak untuk menjayakannya dan akhir sekali diharapkan
melalui program ini, kita dapat mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan
di kalangan pelajar, guru, staf dan AJK PIBG.
Saya juga ingin berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru SMK
Mak Mandin yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini, para ibu
bapa, staf sekolah dan seterusnya para pelajar di hadapan saya ini yang
bersama-sama berganding bahu menghabiskan larian merentas desa.
Tahniah kepada semua. Sesungguhnya, hanya Tuhan yang mampu membalas
jasa anda semua. Saya mendoakan agar kita semua diberi kesihatan yang baik
dan dimurahkan rezeki.
Akhir kata, Dengan ini, saya merasmikan penutupan kejohanan Merentas Desa
2024. Sekian, terima kasih.