Page 16 - JA212_SADN1033_C
P. 16

2.0 KELEBIHAN MENJADI RAKYAT MALAYSIA

     Sebagai  contoh,  sewaktu  penularan  wabak  Covid-19  pada  awal  tahun  lepas,

     rakyat  Malaysia  bersatu  padu  menggembleng  tenaga  sebaik  mungkin  tanpa
     mengira  perbezaan  yang  wujud.  Petugas  barisan  hadapan  seperti  sektor

     kesihatan,  sektor  kritikal  dan  lain-lain  bersengkang  mata  demi  melindungi

     rakyat Malaysia. Di awal penularan wabak Covid-19, pihak kesihatan mengalami
     kekurangan  kelengkapan  alat  perlindungan  diri  atau  personal  protective

     equipment  (PPE)  akibat  daripada  kes  yang  mendadak  naik  dan  masalah

     kewangan.  Hal  ini  mengakibatkan  petugas  barisan  hadapan  khususnya  di
     hospital  terpaksa  menjahit  sendiri.  Namun,  atas  dasar  nilai-nilai  moral  yang

     tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia, masalah dapat di tangani dengan cekap
     apabila pereka fesyen di Malaysia berganding bahu menyediakan PPE mengikut

     kreativiti  masing-masing  tetapi  masih  mengekalkan  faktor  perlindungan  yang

     tinggi  kepada  petugas  barisan  hadapan.  Misalnya,  Datuk  Radzuan  Radziwill
     menghasilkan  PPE  yang  terdiri  daripada  tujuh  jenis  barangan  seperti  jubah,

     pelindung  kepala,  tudung  dan  sarung  kaki  khas  (Ishak,  2020).  Datuk  Jovian
     Mandagie pula menghasilkan PPE yang diperbuat daripada fabrik putih sebagai

     tanda  hati  suci  di  samping  menghasilkan  Jovian  Hygiene  Kit(Hussain,  2020).

     Pelajar  jurusan  Rekan  Bentuk  Fesyen  dan  Pakaian  bersama  kakitangan  dan
     pensyarah  di  Politeknik  Ibrahim  Sultan  turut  membantu  dalam  menghasilkan

     PPE (Bernama, 2020). Selain itu, MStar (2020) menyatakan Tom Abang Saufi dan

     Melinda  Looi  bekerjasama  melancarkan  jualan  topeng  muka  yang  di  kenali
     sebagai #UnityMasks yang menerapkan elemen antara bendera Malaysia dan

     bendera negeri- negeri Malaysia. Hasil daripada jualan tersebut di sumbangkan                                      13

     kepada badan-badan kebajikan di Malaysia.



     Tambahan pula, bantuan seperti bekalan makanan turut di agihkan oleh pihak
     kerajaan  dan  badan-badan  sukarela.  Seluruh  rakyat  Malaysia  di  bawah  satu

     naungan  di  mana  dapat  di  lihat  nilai-nilai  moral  dan  budaya  yang  baik  di

     terapkan  dalam  diri  setiap  rakyat.  Jelaslah  bahawa  rakyat  Malaysia
     mengamalkan nilai-nilai moral dan budaya yang baik dan sentiasa bersemangat                                          SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA

     positif dalam mengharungi cabaran yang mendatang.
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21