Page 18 - JA212_SADN1033_C
P. 18
2.0 KELEBIHAN MENJADI RAKYAT MALAYSIA
Kini, Malaysia berada dalam fasa pemulihan daripada wabak Covid-19. Seperti
yang di ketahui umum, ramai pihak yang terjejas akibat daripada penularan
wabak Covid-19. Selari dengan keadaan ini, pihak kerajaan khususnya telah
mengambil pelbagai inisiatif. Hal ini dapat di lihat melalui konsep Keluarga
Malaysia yang telah di laksanakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-9,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Keluarga Malaysia merangkumi tiga teras yang
utama iaitu keterangkuman, kebebasan dan kesyukuran (Keluarga Malaysia,
2021).
"Ayuh kita bersama bangunkan semula
Rapatkan hatimu, hapuskanlah kebencian
Ayuh kita zahirkan impian bersama
Menjunjung semangat yang bernama
Keluarga Malaysia"
LAGU KELUARGA MALAYSIA (ROCKETFUEL NETWORK, 2021)
Melalui bait-bait lirik dalam lagu Keluarga Malaysia, rakyat Malaysia di dorong
agar dapat menerima sebarang persamaan dan perbezaan berlandaskan
kepada nilai dan ciri Keluarga Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara sekaligus memulihkan semula negara ke arah mencapai status
negara maju dan berpendapatan tinggi (Keluarga Malaysia, 2021).
15 SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA