Page 14 - White Nature Travel Magazine Cover
P. 14
2.0 KELEBIHAN MENJADI RAKYAT MALAYSIA
Selain itu, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi turut di jadikan
sebagai medium komunikasi yang paling utama. Hal ini untuk mengelakkan
percanggahan pendapat atau pemahaman khususnya apabila komunikasi yang
berlaku melibatkan etnik yang berlainan seperti di negeri Sabah dan Sarawak.
11
Walaupun terdapat kepelbagaian, rakyat Malaysia masih mampu untuk
menjalankan kehidupan secara harmoni. Keharmonian yang wujud semestinya
agak sukar untuk di lihat di negara luar. Sebagai contoh, kejadian yang telah
berlaku di selatan Thailand di mana melibatkan tiga wilayah iaitu Narathiwat,
Yala dan Pattani. Menurut Abdullah (2020), terdapat banyak pertumpahan
darah yang berlaku kerana tiada persefahaman antara tiga wilayah tersebut
dan mengakibatkan penduduk sentiasa hidup dalam ketakutan. Hal ini SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA
meningkatkan lagi semangat untuk mengekalkan keamanan negara dalam diri
rakyat Malaysia dan mendorong kepada perpaduan yang lebih kukuh.