Page 11 - White Nature Travel Magazine Cover
P. 11
2.0 KELEBIHAN MENJADI RAKYAT MALAYSIA
2.1 RAKYAT MALAYSIA DAPAT
MENJALANKAN KEHIDUPAN
DALAM CORAK BUDAYA YANG
PELBAGAI.
Penubuhan Malaysia merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah
berjaya menubuhkan sebuah negara yang majmuk di mana rakyat terdiri
daripada budaya yang pelbagai. Menurut Azizah (n.d.), budaya merujuk kepada
cara hidup dari satu generasi kepada generasi seterusnya seperti adat, bahasa,
karya seni, keagamaan, fahaman politik dan ideologi. Sesuatu budaya boleh di
pelajari mengikut kesesuaian semasa. Dari segi perkauman, rakyat Malaysia
merangkumi tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Manakala agama
pula, agama Islam sebagai agama rasmi namun rakyat Malaysia di beri
kebebasan dalam menganuti sebarang agama. Hak-hak rakyat Malaysia
terjamin dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan agar
tidak mudah di pergunakan sewenang-wenangnya oleh individu yang tidak
bertanggungjawab (Abu Bakar, 2019). Rajah 2.2 menunjukkan inti pati dalam
Perlembagaan Persekutuan. Hal ini mendorong kepada kesejahteraan Malaysia 8
yang kaya dengan keunikan budaya, agama, adat, kepercayaan dan kefahaman
sekaligus menjadi daya tarikan utama kepada rakyat dari luar negara yang
sukar untuk merasai kepelbagaian dalam satu negara. SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA