Page 7 - White Nature Travel Magazine Cover
P. 7
1.0 PENGENALAN
Menurut Auladi (2017), pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman telah
mengutarakan satu rancangan untuk membentuk kerjasama politik dan
ekonomi antara Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Di
samping itu, rancangan tersebut mampu untuk menyekat ancaman dan
pengaruh komunis yang dapat menggugat kestabilan politik, memberi
kemerdekaan kepada Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak serta menjaga hak
kaum bumiputera. Pada 16 September 1963, rancangan tersebut akhirnya
berjaya di tubuhkan merangkumi Tanah melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak
tanpa kemasukan Brunei dan di isytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman seperti
Rajah 1.2. Namun, akibat daripada beberapa konflik yang timbul, Singapura
telah di keluarkan daripada Malaysia pada Ogos 1965 dan mengakibatkan
penubuhan Malaysia hanya merangkumi Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
sahaja. Rajah 1.3 menunjukkan peta penubuhan Malaysia.
4
RAJAH 1.2 TUNKU ABDUL RAHMAN MELAUNGKAN 'MERDEKA' SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA
BERSAMA-SAMA RAKYAT SEBANYAK TUJUH KALI
DI ATAS PEMBENTUKAN MALAYSIA