Page 19 - D:\Documents\Flip PDF Professional\TK-283342-283512-283618-283624-289233\
P. 19
2.0 KELEBIHAN MENJADI RAKYAT MALAYSIA
2.3 RAKYAT MALAYSIA DAPAT
MEMBENTUK JARINGAN
HUBUNGAN YANG SIHAT
Jaringan hubungan meliputi aspek yang luas seperti hubungan antara individu,
hubungan antara sesama rakyat dan hubungan antara rakyat Malaysia dan
pemimpin. Ketika penularan wabak Covid-19, hampir semua sektor
melaksanakan tugasan secara atas talian. Jaringan hubungan yang positif yang
sedia ada membantu rakyat Malaysia untuk terus melakukan rutin harian
walaupun terpaksa mempelajari cara kerja yang baharu iaitu secara atas talian.
Contohnya, dalam dunia pendidikan, persekolahan di Malaysia berlaku secara
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Secara amnya, hal ini amat
memerlukan komunikasi yang baik antara tiga kategori iaitu pelajar, ibu bapa
dan guru agar pelajar tidak tercicir dalam pelajaran. Dalam proses komunikasi
secara PdPR, terdapat gangguan yang akan berlaku seperti gangguan fizikal,
psikologi, sosiologi atau semantik. Gangguan fizikal melibatkan gangguan
daripada luar proses komunikasi seperti bunyi bising, gangguan psikologi pula
berlaku apabila individu mempunyai maksud yang berbeza dalam proses
komunikasi, gangguan sosiologi terjadi adalah di sebabkan faktor persekitaran
budaya, sosial dan latar belakang yang berbeza, seterusnya gangguan semantik
terjadi apabila individu mempunyai makna yang berlainan daripada makna 16
sebenar (Mud, 2013). Apabila kadar gangguan meningkat, kesahihan proses
komunikasi akan menurun. SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA