Page 20 - D:\Documents\Flip PDF Professional\TK-283342-283512-283618-283624-289233\
P. 20

2.0 KELEBIHAN MENJADI RAKYAT MALAYSIA


     Oleh yang demikian, ketiga-tiga kategori tersebut perlu memperkemas proses

     komunikasi  yang  bersesuaian  agar  kadar  gangguan  dapat  di  kurangkan.

     Sekiranya  gangguan  komunikasi  dapat  ditangani  dengan  baik  maka
     pemahaman yang tepat akan di peroleh sekaligus melancarkan proses PdPR.

     Misalnya, pelajar perlu menyediakan persekitaran yang selesa seperti peranti

     dan pautan berada dalam keadaan yang baik agar ilmu yang di terima dapat di
     fahami  dengan  mudah.  Guru  juga  hendaklah  menyediakan  kandungan

     pelajaran  yang  ringkas  dan  padat  serta  menggunakan  kesesuaian  alat  bantu

     mengajar yang menarik. Semasa PdPR, guru hendaklah membuat persediaan
     yang rapi agar kes keciciran murid berkurang dari masa ke masa.




     Dalam  tempoh  pemuliharan  negara  ini  pula,  sistem  penggiliran  telah  di
     laksanakan di mana PdPR masih berjalan seperti biasa dan sebahagian pelajar

     pula  mengikuti  pengajaran  dan  pembelajaran  secara  bersemuka  (Jalil,  2021).

     Ibu bapa hendaklah memainkan peranan penting ketika sistem penggiliran di
     laksanakan, hal ini kerana pelajar tidak dapat di pantau oleh guru sepenuhnya.

     Membiarkan  anak-anak  tanpa  panduan  guru  mengakibatkan  pelajar  tercicir
     dari  landasan  pembelajaran.  Oleh  itu,ibu  bapa  perlu  peka  terhadap  jadual

     penggiliran serta keperluan anak-anak mereka. Ibu bapa tidak boleh bersikap

     bagai melepaskan batuk di tangga sahaja. Jelaslah bahawa jaringan hubungan
     yang  positif  dalam  kalangan  rakyat  Malaysia  mampu  untuk  membantu

     menangani tiap cabaran yang mendatang.                                                                             17 SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25