Page 25 - D:\Documents\Flip PDF Professional\TK-283342-283512-283618-283624-289233\
P. 25

3.0 CABARAN DALAM MENJADI RAKYAT MALAYSIA
     3.3 PERSEKITARAN POLITIK YANG



            BERASASKAN KAUM



     Dalam zaman sekarang memang, tidak dapat di nafikan bahawa persekitaran

     politik adalah berasaskan kaum. Contohnya, kaum Melayu menubuhkan parti
     seperti  Pertubuhan  Kebangsaan  Melayu  Bersatu  (UMNO)  dan  Parti  Islam

     SeMalaysia (PAS). Bagi kaum Cina pula, Persatuan Cina Malaysia atau Malayan

     Chinese  Association (MCA) manakala  kaum India ialah Kongress India Malaysia
     atau Malayan Indian Congress (MIC). Parti tersebut diwujudkan untuk menjamin

     hak-hak kaum sendiri dan hanya memberi penekanan kepada kaum masing-
     masing  sahaja  tetapi  tidak  memberi  penekanan  kepada  keharmonian  antara

     rakyat Malaysia.



     Misalnya,  Say  (2020)  menyatakan  isu  tentang  pengenalan  tulisan  Jawi  di

     sekolah  vernakular  dengan  tiga  muka  surat  tulisan  Jawi.  Segelintir  rakyat
     menganggap  tulisan  Jawi  adalah  tulisan  agama.  Hal  ini  telah  mencetuskan

     kongres  daripada  Dong  Zong  untuk  membantah  isu  tersebut  dan  mendapat

     sokongan daripada pemimpin Pakatan Harapan sendiri. Seterusnya, isu hiasan
     tanglung  di  SMK  Pusat  Bandar  Puchong  I  ketika  sambutan  Tahun  Baru  Cina

     telah di anggap sebagai satu usaha dalam menyebarkan kepercayaan agama

     Cina kepada pelajar yang beragama Islam. Namun, isu tanglung di selesaikan
     dengan  kehadiran  tujuh  menteri  memasang  semula  tanglung  yang  telah  di

     turunkan  walhal  isu  tulisan  Jawi  tidak  mendapat  sebarang  sokongan.  Hal  ini                              22

     sekaligus  menimbulkan  kemarahan  rakyat  Malaysia  kerana  tidak  ada
     kesamarataan  dalam  mengendalikan  isu  yang  melibatkan  kaum.  Sekiranya

     pemimpin bersatu-padu untuk mentadbir negara Malaysia, rakyat dapat hidup
     dalam suasana yang harmoni dengan semua kaum.

                                                                    Pentadbiran  yang  tidak  berat
                                                                    sebelah  menjamin  masa  depan

                                                                    negara  dan  rakyatnya.  Justeru,                     SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA

                                                                    pemimpin            hendaklah           tegas
                                                                    dalam  menangani  setiap  isu

                                                                    secara  adil  dan  tidak  melibatkan
                                                                    persekitaran             politik         yang

                                                                    berasaskan kaum di Malaysia.
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30