Page 27 - D:\Documents\Flip PDF Professional\TK-283342-283512-283618-283624-289233\
P. 27

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
                                                          CABARAN DALAM MENJADI RAKYAT MALAYSIA
     4.1 MENAMBAHBAIK DASAR



            PENDIDIKAN YANG SEDIA ADA










     Pendidikan  merupakan  suatu  proses  membentuk  individu  yang  berilmu

     pengetahuan dan berakhlak mulia. Proses tersebut berlaku secara berterusan

     dan  bermula  sejak  usia  kanak-kanak  lagi.  Oleh  itu,  dunia  pendidikan  adalah
     elemen  utama  bagi  sesebuah  negara  ke  arah  membangunkan  rakyat  yang

     seimbang  dari  pelbagai  sudut  seperti  ekonomi,  politik  dan  sosial.  Selain  itu,
     dunia  pendidikan  adalah  saluran  untuk  menyampaikan  wadah  perjuangan

     negara  yang  sangat  mementingkan  nilai-nilai  murni  dalam  budaya  yang

     pelbagai demi mencapai perpaduan.



     Sebagai contoh, menurut A’azmi, Mustafar, Abdul Karim, Suhaini (2017), akibat
     daripada  desakan  kaum  bukan  Melayu  yang  tidak  mahu  bahasa  dan

     kebudayaan  ibunda  terhapus  telah  mengakibatkan  kewujudan  sistem

     persekolahan  vernakular.  Sekolah  vernakular  menggunakan  bahasa  ibunda
     iaitu  Cina  dan  Tamil  sebagai  bahasa  pengantar.  Dengan  adanya  sistem

     komunikasi  dan  penggunaan  bahasa  pengantara  yang  berbeza,  telah  wujud

     dualisme  dalam  dunia  pendidikan  dan  menjadi  kekangan  dalam  memupuk
     perpaduan pendidikan di Malaysia. Hal ini terbukti melalui sekolah vernakular,                                    24

     pelajar telah di latih secara mentaliti untuk mengasingkan diri daripada bergaul

     dengan  kaum  yang  lain  serta  pelajar  hanya  menggunakan  bahasa  ibunda
     masing-masing  sedangkan  penggunaan  bahasa  Melayu  boleh  menjadi  alat

     penyatuan dalam sesebuah negara.                                                                                     SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32