Page 28 - JA212_SADN1033_C
P. 28

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
                                                          CABARAN DALAM MENJADI RAKYAT MALAYSIA
     Namun,  penubuhan  Sekolah  Wawasan  menjadikan  dunia  pendidikan  kembali

     kepada satu aliran. Menurut Bidin (n.d.), Sekolah Wawasan adalah sekolah yang
     mengintegrasi  Sekolah  Kebangsaan,  Sekolah  Jenis  Kebangsaan  Cina  dan

     Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam satu kawasan tanpa mengira perbezaan.

     Setiap pelajar akan berkongsi prasarana seperti padang, kantin dan koperasi.
     Hal ini sebagai salah satu usaha pihak kerajaan mengukuhkan hubungan dan

     menggalakkan  komunikasi  dalam  budaya  yang  pelbagai  berada  pada  tahap

     yang maksima.


































     Sehubungan  dengan  itu,  pihak  kerajaan  hendaklah  sentiasa  menambahbaik
     dasar  pendidikan  yang  sedia  ada  dan  di  selaraskan  mengikut  kesesuaian

     keadaan semasa agar pelajar daripada budaya yang pelbagai dapat di satukan                                        25
     dalam satu aliran agar matlamat untuk mengintegrasikan kaum dapat dicapai

     secara berkesan.



     Selain itu, pihak kerajaan hendaklah memberi perhatian kepada golongan belia

     dengan  mengambil  inisiatif  untuk  melahirkan  golongan  belia  yang  berupaya
     untuk memberi saingan khususnya dalam bidang ekonomi. Contohnya, rakyat

     Malaysia  sememangnya  peka  bahawa  kaum  Cina  telah  menguasai  sektor                                            SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA

     ekonomi  di  Malaysia.  Justeru,  pihak  kerajaan  perlu  mengambil  insiatif  untuk
     membawa masuk kaum Melayu dan India ke dalam sektor ekonomi agar dapat

     memberi saingan secara sihat antara rakyat Malaysia.
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33