Page 29 - JA212_SADN1033_C
P. 29
4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
CABARAN DALAM MENJADI RAKYAT MALAYSIA
4.2 MENAIKKAN MARTABAT
SUKAN SEBAGAI PENGERAT
HUBUNGAN ANTARA PELBAGAI
KAUM
Terdapat jurang dalam pergaulan pelajar di sekolah khususnyayang terdiri
daripada budaya yang pelbagai. Hal ini dapat di lihat apabila pelajar
mengamalkan konsep satu sukan hanya untuk satu kaum sahaja. Sebagai
contoh, dalam sukan bola sepak, pelajar kaum Melayu tidak mahu bermain
bersama-sama dengan pelajar kaum Cina. Begitu juga dalam sukan bola
tampar, yang hanya di monopoli oleh pelajar kaum Cina sahaja. Pelajar yang
berbilang kaum selalunya duduk dalam kelompok kaum masing-masing.
Husin dan Dawin (2019) menyatakan punca pelajar tidak menyertai aktiviti yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah kerana pengaruh rakan sebaya. Hal ini
menunjukkan bahawa kesedaran dalam diri pelajar tentang kebaikan aktiviti
sukan hanya dapat diwujudkan oleh faktorkaum, rakan sebaya dan minat.
Untuk mengatasi masalah ini, pihak sekolah telah menjalankan pelbagai
program dan aktiviti yang menarik bagi mengukuhkan perpaduan antara
pelajar berbilang kaum. Selain itu, pelbagai usaha telahpun dan sedang diambil 26
oleh pihak kerajaan untuk mencapai kesefahaman antara kaum melalui aktiviti
sukan di mana bakat pelajar dapat diasah dan di kembangkan ke peringkat
yang lebih tinggi seperti memperkenalkan dasar satu murid satu sukan. SADN 1033 | KENEGARAAN MALAYSIA