Page 19 - PENGANGKUTAN IPK KL
P. 19
PTKPN BAHAGIAN C202 | PENGURUSAN OPERASI KENDERAAN
4. PENJIMATAN DAN KAWALAN KENDERAAN PASUKAN
(PTKPN BAHAGIAN C202)
Ketegasan dalam berjimat cermat hendaklah dipatuhi sepenuhnya apabila menggunakan kenderaan
Pasukan. Bagi menentukan matlamat ini tercapai, langkah- langkah berikut hendaklah dipatuhi:-
1. Setiap Pegawai yang membenarkan sesuatu perjalanan hendaklah memastikan bahawa
perjalanan tersebut adalah untuk tugas rasmi dan penggunaannya yang paling ekonomik
dan praktikal.
2. Setiap kenderaan Pasukan hanya boleh memulakan perjalanan setelah Buku Log Kenderaan
(Pol.303) ditandatangani oleh Pegawai-Pegawai yang berkuasa membenarkan sesuatu
perjalanan kecuali dalam keadaan kecemasan. Walaubagaimana pun, catatan perjalanan
mestilah dibuat dan tandatangan pegawai berkuasa hendaklah diperolehi dengan kadar
segera setelah selesai penugasan kecemasan tersebut.
3.4.3 Penggunaan kenderaan pasukan hendaklah diselaraskan bagi perjalanan ke tempat dan
tujuan yang sama.
3.4.4. Penggunaan jenis kenderaan pasukan hendaklah bersesuaian dengan tugas dan keadaan
jalan.