Page 1 - 9.KEBENARAN BEROPERASI DIBERI KEPADA SEKTOR TAMBAHAN BAGI MELINDUNGI EKONOMI NEGARA PASCA COVID-19_10 APRIL 2020.pdf.pdf
P. 1
SIARAN MEDIA
KEBENARAN BEROPERASI DIBERI KEPADA SEKTOR TAMBAHAN BAGI
MELINDUNGI EKONOMI NEGARA PASCA COVID-19
Kerajaan senantiasa mengambil tanggungjawab dalam usaha menangani penularan
wabak COVID-19 demi menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat.
Kerajaan juga mengambil langkah pro-aktif dan responsif dalam mengimbangi
kelangsungan ekonomi negara dan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dengan membenarkan sektor-sektor ekonomi yang kritikal termasuk sektor
perubatan dan keperluan asas untuk beroperasi semenjak 18 Mac 2020 tertakluk
kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Langkah ini adalah untuk menjamin kelangsungan ekonomi negara, mengelakkan
kehilangan pekerjaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia selain memastikan
rakyat terus mendapat akses kepada keperluan asas dan produk kritikal sepanjang
tempoh PKP.
Susulan daripada keputusan Kerajaan membenarkan beberapa sektor pembuatan
dan perkhidmatan kritikal beroperasi semasa peringkat PKP yang pertama, Kerajaan
mendapati tahap pematuhan operasi oleh syarikat-syarikat yang diluluskan adalah
baik.
1