Page 1 - 9.KEBENARAN BEROPERASI DIBERI KEPADA SEKTOR TAMBAHAN BAGI MELINDUNGI EKONOMI NEGARA PASCA COVID-19_10 APRIL 2020.pdf.pdf
P. 1

SIARAN MEDIA



                   KEBENARAN BEROPERASI DIBERI KEPADA SEKTOR TAMBAHAN BAGI
                               MELINDUNGI EKONOMI NEGARA PASCA COVID-19



               Kerajaan senantiasa mengambil tanggungjawab dalam usaha menangani penularan
               wabak COVID-19 demi menjamin kesihatan dan keselamatan rakyat.



               Kerajaan  juga  mengambil  langkah  pro-aktif  dan  responsif  dalam  mengimbangi
               kelangsungan  ekonomi  negara  dan  keberkesanan  Perintah  Kawalan  Pergerakan

               (PKP)  dengan  membenarkan  sektor-sektor  ekonomi  yang  kritikal  termasuk  sektor
               perubatan  dan  keperluan  asas  untuk  beroperasi  semenjak  18  Mac  2020  tertakluk

               kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


               Langkah  ini  adalah  untuk  menjamin  kelangsungan  ekonomi  negara,  mengelakkan

               kehilangan  pekerjaan  yang  tinggi  di  kalangan  rakyat  Malaysia  selain  memastikan
               rakyat terus mendapat akses kepada keperluan asas dan produk kritikal sepanjang

               tempoh PKP.


               Susulan  daripada  keputusan  Kerajaan  membenarkan  beberapa  sektor  pembuatan
               dan perkhidmatan kritikal beroperasi semasa peringkat PKP yang pertama, Kerajaan

               mendapati  tahap pematuhan  operasi oleh syarikat-syarikat yang diluluskan adalah

               baik.














                                                            1
   1   2   3   4   5