Page 3 - 9.KEBENARAN BEROPERASI DIBERI KEPADA SEKTOR TAMBAHAN BAGI MELINDUNGI EKONOMI NEGARA PASCA COVID-19_10 APRIL 2020.pdf.pdf
P. 3

  tahap  kepentingannya  di  dalam  rantaian  bekalan global  (global  value  chain

                       atau GVC) dan eksport negara. Langkah ini adalah untuk menjamin kestabilan

                       aktiviti eksport;
                     aktiviti ekonomi sektor yang mempunyai gandaan nilai tambah (value-added

                       multiplier) yang tinggi;
                     impak  ke  atas  kelangsungan  PKS  dalam  sektor  ekonomi  khususnya

                       pembuatan dan perkhidmatan; dan

                     jumlah tenaga kerja yang terlibat.


               MITI  telah  menyediakan  perincian  sektor  tambahan  yang  dibenarkan  beroperasi
               seperti Lampiran 1. Berikutan keputusan ini, syarikat-syarikat di dalam sektor-sektor
               tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada MITI
               bermula hari Isnin, 13 April 2020, dari jam 9.00 pagi.  Semua permohonan mestilah

               dibuat  secara  atas  talian  di  laman  sesawang  MITI,  www.miti.gov.my.    Hanya
               permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses.

               Pihak syarikat di dalam sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi WAJIB mematuhi

               syarat-syarat  Standard  Operating  Procedure  (SOP)  yang  ditetapkan.  Selain
               pematuhan  kepada  syarat-syarat  dan  garis  panduan  yang  diperketatkan  ini,

               kebenaran  beroperasi  juga  tertakluk  kepada  pematuhan  syarat-syarat  yang
               ditetapkan oleh KKM dan garis panduan oleh lain-lain agensi penguatkuasaan yang
               berkaitan dari semasa ke semasa. Kegagalan syarikat untuk berbuat demikian boleh

               mengakibatkan kebenaran beroperasi dibatalkan serta-merta dan berdepan dengan
               tindakan undang-undang mengikut Akta semasa.


               Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
               Menteri Kanan

               Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)

               Jumaat, 10 April 2020











                                                            3
   1   2   3   4   5